Sunday, November 13, 2011

GAGASAN SATU MALAYSIA

(a) PENDAHULUAN:

- Satu gagasan untuk memupuk perpaduan – rakyat Malaysia berbilang kaum
- berteraskan beberapa nilai penting
- menjadi amalan setiap rakyat
- idea yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
- menggambarkan beliau seorang yang berpandangan jauh untuk memajukan negara
- satu formula untuk menjayakan Wawasan 2020
menjadi bahan perbincangan dari warung kopi ke sidang parlimen

(b) PENUTUP:

- merupakan satu gagasan yang amat baik untuk jangka pendek dan jangka panjang
- banyak kebaikan yang menjadi pemangkin keamanan dan kemajuan negara
- perlu disokong penuh tanpa berbelah bahagi oleh semua pihak
- perlu melakukan anjakan paradigma
- pasti mencapai objektif
- slogan ‘Negara Kita, Tanggungjawab Kita’

(c) ELEMEN:

Isi-isi:
1. Konsep Gagasan Satu Malaysia
- bukan satu dasar baharu
- merupakan pelengkap pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan perpaduan kaum
- merupakan satu formula mencapai Wawasan 2020

2. Konsep perpaduan
- berbeza dengan konsep asimilasi yang diamalkan oleh negara lain
- menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia
- menekankan sikap penerimaan rakyat berbilang kaum
- mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara

3. Prinsip keadilan
- nasib semua kaum terbela
- tiada pihak yang terpinggir / tersisih
- mengambil kira kemajuan kaum yang berbeza
- memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan

4. Aspek utama – Penerapan teras-teras perpaduan
- Dilaksanakan dalam dua aspek utama
- iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi
- Teras perpaduan terbahagi kepada 3 elemen – sikap penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial
- Sikap penerimaan – penerimaan keunikan kaum-kaum di Malaysia melalui sikap toleransi dan saling menghormati
- Prinsip kenegaraan – berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
- Keadilan Sosial – keadilan untuk semua kaum

5. Aspek Utama – Penerapan nilai-nilai aspirasi
- bertujuan untuk merealisasikan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
- lapan nilai aspirasi diperkenalkan – budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu dan budaya inovasi, nilai integrity, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan
- budaya berprestasi tinggi – bertujuan untuk memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilaksanakan mencapai tahap yang terbaik
- budaya ilmu – kecenderungan untuk sentiasa menuntut ilmu sepanjang hayat


(d) KEBAIKAN:

Isi-isi:
1. Dapat memupuk perpaduan kaum
- perpaduan kaum dapat dipupuk dan terus dipelihara
- penting kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan berbilang kaum
- dapat dipupuk melalui amalan nilai murni – nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa
- setiap kaum saling menghormati agama dan kepercayaan kaum yang lain
- membolehkan rakyat hidup dalam aman damai

2. Dapat mewujudkan keadilan sosial
- dapat diberikan melalui peluang pendidikan dan pembangunan
- semua rakyat dapat menikmati kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin
- golongan miskin akan diberikan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat - hulurkan bantuan, ringankan beban
- rakyat dapat menikmati keselesaan hidup

3. Dapat memajukan ekonomi negara
- melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap
- kerajaan telah membuat perubahan strategi ekonomi
- Dasar Liberalisasi telah menarik minat pelabur asing
- mendorong syarikat antarabangsa melabur di Malaysia
- kedatangan pelabur asing membuka peluang pekerjaan

4. Dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi
- menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara
- menerapkan nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi
- nilai budaya ilmu menjadikan rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinngi dan dipandang mulia
- nilai budaya aspirasi bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
5. Dapat menaikkan imej negara
- negara dikenali sebagai negara yang semakin maju
- menjadikan negara kita lebih dikenali sebagai negara yang pesat membangun
- berminat untuk mempelajari cara pentadbiran Malaysia
- imej negara yang semakin baik perlu dijaga


(e) LANGKAH MENJAYAKAN

Isi-isi:

1. Peranan menteri
- mempunyai kuasa untuk melaksanakan projek pembangunan dan ekonomi
- kawasan luar bandar dan kawasan yang mempunyai penduduk miskin diberikan tumpuan
- memperbanyak pembinaan rumah kos rendah

2. Peranan wakil rakyat
- boleh melaksanakan aspek-aspek utama yang terkandung dalam gagasan
- perlu berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama
- menyelesaikan masalah penduduk setempat – kemudahan asas

3. Peranan kakitangan awam
- merupakan pelaksana bagi setiap projek pembangunan yang dirancang
- mesti mengamalkan nilai-nilai aspirasi – budaya berprestasi tinggi dan integrity
- semua kerja yang diamanahkan mesti disiapkan mengikut jadual dan menepati kualiti yang ditetapkan
- rakyat gembira

4. Peranan media massa
- dapat mempengaruhi minda rakyat
- mempamerkan logo dan memperdengarkan lagu Gagasan Satu Malaysia di kaca televisyen atau di corong radio
- menyiarkan aktiviti dan program yang dibuat oleh kerajaan
- mengadakan kempen dan memberikan penerangan secara berterusan

5. Peranan rakyat
- mesti sedar tujuan gagasan ini adalah untuk membela nasib mereka
- seiringan dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
- mengamalkan nilai-nilai murni – hormat-menghormati, kesederhanaan, berbudi bahasa
- perpaduan kaum dipelihara
- pembangunan negara berjalan lancar

KARANGAN SPM 9 – DISIPLIN TERAS KEJAYAAN

Disiplin teras kejayaan ialah rangkuman konsep yang menyatakan suatu sistem tatacara mengurus diri yang betul pasti menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan dan tindakan kita. Oleh itu, disiplin menjadi jurupandu untuk seseorang memperoleh kejayaan dalam mencapai sesuatu sama ada belajar, bekerja dan melunaskan rutin harian kita. Pesan orang tua-tua yang berbunyi, “Mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, dan kata berpangkal” jelas menunjukkan bahawa segala-galanya perlu melalui suatu proses dan sistem yang betul untuk meraih kejayaan kerana yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting kepada kita akan kejayaan tokoh-tokoh yang terkemuka. Kejayaan yang telah dikecapi oleh mereka adalah dengan berkat disiplin yang tinggi. Sama ada dalam bidang keilmuan atau kerjaya semuanya memerlukan disiplin. Lihatlah betapa sengsaranya Thomas Alva Edison dalam usahanya untuk menyumbangkan cahaya kepada alam sejagat. Beliau memerlukan ketelitian dan disiplin yang amat tinggi. Begitulah tokoh-tokoh dalam bidang keilmuan seperti Socrates, Plato, Aristotle, Imam Al Ghazali, Imam Shafie dan sebagainya. Mereka bangkit sebagai personaliti dunia yang menyemarakkan budaya ilmu melalui disiplin yang tinggi. Jadi, jelaslah bahawa disiplin yang tinggi akan memberikan peluang kepada setiap individu untuk mencapai kejayaan yang diingini tanpa rasa mustahil.

Ketika sedang mendaki tangga kejayaan, ingatlah tiada tonik lain yang lebih mujarab yang boleh membantu kita mencapai matlamat. Tanpa disiplin hasrat kita akan terbantut, urusan kita tidak langsai, justeru impian kita akan berkecai. Kita akan kecundang di tengah-tengah medan perjuangan. Kita perlu bermuhasabah diri untuk memilih segala-gala yang baik dengan mengetepikan perkara-perkara yang dangkal. Uruslah diri kita dengan merancang masa dengan bijak dan mengurus personel yang baik. Kita perlu memiliki hala tuju yang betul, cita-cita yang jelas, dan sanggup menterjemahkan matlamat hidup dalam perancangan yang teliti. Dengan sumber ini, kita pasti berjaya.

Ingatlah, untuk berjaya kita mesti merancang sistem belajar yang betul, memiliki rutin harian yang terancang, dan sentiasa meletakkan perkara-perkara yang positif sebagai keutamaan. Bayangkanlah! Tanpa disiplin, berapa banyakkah masa yang dibazirkan untuk menekan butang telefon semata-mata berceloteh dalam sistem pesanan ringkas (SMS)? Tanpa disiplin, berapakah lama masa yang berlalu dengan hanya asyik berserakah dengan rakan-rakan? Tanpa disiplin, kita disesatkan dek terlalu kemaruk melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan My Space. Sumber yang pada asalnya boleh membawa natijah positif, malangnya terbalik kerana ketiadaan disiplin. Semakin lama kita melayani perkara-perkara yang membazir, justeru semakin jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Kita telah membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu. Sesungguhnya, disiplin diri yang tinggi tidak akan mensia-siakan masa kita dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana masa itu emas seperti maksud yang terkandung dalam firman Allah S.W.T. dalam surah al-Asr.

Peribahasa menyatakan bahawa meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu dan tuah jangan ditolak, rezeki harus dituntut. Masa dan peluang harus kita kejar. Demi menjadi insan yang berguna pada masa depan, uruslah disiplin dengan cara yang terbaik. Rujukan kita mestilah kepada tokoh-tokoh yang telah berjaya. Merekalah yang sepatutnya menjadi idola kita. Gerak dan langkah mereka, cara mereka berfikir dan cara mereka merancang hidup hendaklah dijadikan panduan. Mereka yang telah berjaya mungkin para pemimpin, para guru, malah rakan-rakan kita. Kita wajar memiliki perasaan cemburu terhadap kejayaan orang lain demi menyaingi mereka secara sihat. Persaingan yang positif pasti akan membuahkan hasil yang positif dalam memburu kejayaan.


Setelah kita menyediakan strategi memburu kejayaan secara terancang, kita juga perlu berhati-hati kerana dalam setiap masa dan apa-apa keadaan pun pelbagai dugaan boleh mengancam konsentrasi. Oleh itu, jauhilah parasit dan pengaruh yang boleh merosakkan diri. Orang-orang yang tidak berdisiplin sentiasa berdamping dengan program-program yang tidak berfaedah. Berwaspadalah terhadap pengaruh hiburan yang berlebih-lebihan. Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak mempunyai maltlamat dan hilang jati diri. Elakkan diri terjebak dengan kegiatan negatif seperti melepak, berpelesiran, lumba haram dan seribu satu macam lagi angkara antimoral yang sedang menunggu untuk menjeratkan kita. Semuanya akan tercapai sekiranya kita memiliki disiplin diri yang teguh.

Sesungguhnya peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis benar-benar mendidik kita untuk mendisiplinkan diri. Tanpa disiplin tiada sekelumit pun kejayaan yang bakal diraih. Jikalau inginkan kejayaan, berpeganglah kepada falsafah, 'Disiplin Teras Kejayaan'. Semoga impian kita akan termakbul.

KARANGAN SPM 10 – PEMBUANGAN BAYI

Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan. Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar perdana negara sering memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara kita akan tercalar. Jadi, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, kita perlulah mengenal pasti sebab musabab yang menjadi akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.


Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan masalah ini kian meruncinng.


Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.

Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu? Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama ini merupakan pemangkin gejala ini.

Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Remaja yang baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.


Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif perlulah diambil demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.


Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini haruslah dilakukan secara berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.


Langkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.


Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara kita.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.


Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini yang diesebabkan oleh banyak faktor mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan.

Saturday, November 12, 2011

KARANGAN SPM 8 - KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

1. Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan seseorang
- menjamin masa hadapan yang cemerlang
- jika seseorang berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan
- mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di sekolah
- dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh
- akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita

2. Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu
- boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera
- ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka
- seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari

3. Seseorang mampu menyelesaikan masalah
- dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah
- sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa
- memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup - penerang kegelapan
- ilmu agama yang tinggi dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru
- kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai

4. Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral
- boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji
- kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki
- seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian
- nilai saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai
- akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan

5. boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini
- akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia
- seperti telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain
- memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi

6. dapat memajukan diri dan negaranya sendiri
- untuk mendepani pelbagai cabaran, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi
- pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara
- hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - para pemimpin perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi

KARANGAN SPM 7 – PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Pendahuluan:
• Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
• Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
• Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
• Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.
• Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan.
‘Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
• Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.
• Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.

1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
- Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
- Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

3. Memberikan perhatian dan kasih sayang
- Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

4. Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.

Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.

KARANGAN SPM 6 – CARA MEMBALAS JASA GURU

1. Menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru
- guru merupakan lubuk akal lautan ilmu
- budi bahasa amalan terpuji
- perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan
- tidak membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya di dalam kelas
- memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran
- perlu menjaga tatasusila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra

2. Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah
- sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah
- berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi
- memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang
- kerjasama erat antara guru dengan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar (bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat)
- mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru

3. Prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru
- mengingati dan menghargai jasa guru walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar
- meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei
- memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan
- hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas
- jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.

4. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit
- guru juga menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan seperti ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya
- perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya
- membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka
- mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung
- frasa ‘guru, jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.

5. Mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita
- Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah
- mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya
- mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna
- jika mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh

KARANGAN SPM 5 – KEBAIKAN GOTONG ROYONG

1. dapat memperindah tempat tinggal
- merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa
- tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa
- dapat memahami jiran dengan lebih mendalam (tak kenal maka tak cinta)
- akan sentiasa diziarahi oleh rakan-rakan dan sanak-saudara kita
- dapat menghijaukan bumi (sambil menyelam minum air)
- akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama (bersatu kita teguh bercerai kita roboh)

2. dapat membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit
- dapat mencegah dan menjauhi penyakit (mencegah lebih baik daripada mengubati)
- mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal

3. sebagai agen perpaduan
- Kajian Jabatan Perpaduan Negara mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun (rambut sama hitam, hati lain-lain)
- dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
- seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum
- dapat mengenali kebudayaan kaum lain
- akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati antara satu sama lain
- hidup saling membantu (bagai aur dengan tebing)

4. dapat memupuk nilai murni dalam sanubari
- Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri (serampang dua mata)
- akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat - mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia (bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat)

5. dapat menghidupkan semangat kejiranan
- dapat mengenali jiran secara mendalam
- terbuka hati untuk menegur jiran kita
- dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran melalui pengagihan tugasan (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)
- menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti (jiran sepakat membawa berkat)

KARANGAN SPM 4 – BULI

(a) Punca (jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang):

1. kekurangan penghayatan nilai-nilai agama - ketandusan nilai kemanusiaan
2. ibu bapa kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin - bersikap materialistik
3. mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya - berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang
4. Pengawasan yang longgar di sekolah
5. Pengaruh media massa - filem ‘Buli’,’ ‘Gengster’ ‘KL Menjerit’
6. masalah tekanan hidup - masalah kewangan, penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup

(b) Langkah Menangani (tiada penyakit yang tiada penyembuhnya):

1. Peranan diri sendiri/pelajar
- harus pandai memilih kawan
- para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah - melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera

2. Peranan ibu bapa
- memberikan pendidikan agama kepada individu sejak kecil (melentur buluh biar dari rebungnya)
- memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral
- memberikan kasih sayang yang secukupnya
- menampilkan teladan yang baik (bapa borek anak rintik / ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget)

3. Peranan pihak kerajaan
- menetapkan hukuman yang berat - sebatan mandatori, penjara, dihantar ke pusat pemulihan dan dibuang sekolah
- pihak–pihak berwajib juga perlu menggembleng tenaga

4. Peranan pihak institusi pendidikan
- melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan syarat kepada pelajar sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman
- program yang memberikan penekanan kepada pendekatan penyelesaian masalah dan program antibuli perlu diterapkan di dalam kelas
- menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu
- ceramah atau kempen seperti kempen antibuli juga boleh diadakan secara berterusan
- perlu membuat pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah – memasang kamera litar tertutup
- menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah

5. Peranan pihak media massa
- melancarkan kempen
memberikan maklumat dan panduan

KARANGAN SPM 3 (2011) - BENCANA ALAM

(a) Punca Bencana Alam
1. Kegiatan pembalakan tidak terkawal
2. Menerima tempias negara-negara jiran
3. Cengkaman tanah longgar
4. Pembangunan yang tidak sistematik
5. Sistem saliran diabaikan dalam pembangunan sesuatu tempat
6. Kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat

(b) Kesan Bencana Alam
1. Kematian meningkat
2. Penyakit berjangkit menular
3. Kerugian harta benda dan dokumen penting
4. Memberi kesan kepada bidang pembangunan dan ekonomi
5. Harga rumah di kawasan berhampiran akan jatuh mendadak
6. Jalan raya terpaksa ditutup dan kesesakan berlaku
7. Anak-anak tidak dapat menghadiri kelas
8. Penduduk tidak dapat pergi bekerja

(c) Cadangan untuk mengatasi masalah
1. Media massa perlulah segera menyebarkan maklumat tentang kemungkinan berlakunya bencana alam agar penduduk bersiap sedia.
2. Pihak bertanggungjawab harus mendidik penduduk tentang cara menyelamatkan diri
3. Kemudahan peralatan yang berteknologi tinggi perlu disediakan
4. Mengharamkan pembinaan bangunan-bangunan tinggi di lereng bukit
5. Bangunan yang tinggi wajar dibina di tempat yang berkedudukan lebih rendah dan berisiko menghadapi banjir
6. Sistem saliran, sungai, parit, dan longkang perlu diperdalam dan diperluas
7. Pembalakan dan penerokaan haruslah dilakukan dengan lebih terancang
8. Penambahan loji-loji bekalan air perlu untuk menampung kegunaan pada musim kemarau
9. Bekalan makanan mesti mencukupi di samping pakaian.

KARANGAN SPM 2 (2011) - BARANGAN BUATAN MALAYSIA

(a) Kepentingan Pembelian Barangan Tempatan

Pendahuluan:
- Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan
- perlu menyokong kempen tersebut
- perlu mengubah sikap dan menerima barangan tempatan
- perlu menjadi pengguna yang bijak
- terdapat pelbagai kepentingan

1. Menjimatkan perbelanjaan
- harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import
- harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import
- dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain
- dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

2. Industri tempatan semakin berkembang
- Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan
- industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar
- dapat membantu rakyat hidup selesa

3. Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang
- rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan
- masalah sosial dapat dikurangkan
- dapat menjana pendapatan keluarga
- rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa

4. Imej negara dapat ditingkatkan
- negara dapat mengeluarkan barangan yang bermutu
- mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import
- barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet
- menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita
- Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti

5. Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan
- wang dapat digunakan untuk membantu rakyat
- kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan
- rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera
- ekonomi negara menjadi lebih stabil

Penutup:
- banyak memberi kebaikan kepada pelbagai pihak
- perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan
- bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju
- Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.


(b) Usaha-usaha Menggalakkan Pembelian Produk Tempatan

Isi-isi:


1. Diri sendiri - membeli dan menggunakan barangan tempatan
- barangan buatan Malaysia berkualiti dan setanding dengan barangan import
- berbangga dengan barangan buatan Malaysia
- contohnya kereta nasional Myvi, dan kasut Bata
- perlu menggunakan barang buatan Malaysia dalam kehidupan seharian
- sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dan menyokong barangan keluaran Malaysia.

2. Ibu bapa - menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan Malaysia
- menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik
- anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya
- ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak.

3. Guru - menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia
- guru adalah suri teladan kepada pelajar
- memupuk perasaan cinta akan negara
- menerangkan kebaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- sebagai contoh dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan kemahiran hidup
- menjadi teladan kepada pelajar dengan menggunakan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional, bak kata peribahasa kepimpinan melalui teladan

4. Media massa sama ada media elektronik atau media cetak - menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan Malaysia
- menjadikan iklan barangan buatan Malaysia sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan
- iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia
- rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia

5. Kerajaan – mengadakan kempen
- mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam
- dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia
- memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta
- kerajaan mengadakan promosi barangan buatan Malaysia melalui Karnival Barangan Tempatan
- menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia demi Kerana Mu Malaysia.

KARANGAN SPM 1(2011) : PELANCONGAN

(a) Usaha-usaha Memajukan Sektor Pelancongan

Pendahuluan:
- negara beriklim Khatulistiwa
- unik dengan deretan pulau yang menawan
- alam semula jadi dieksploitasi
- negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri
- keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting
- Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak

Isi 1: Kerajaan menyediakan kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan
- pelancong ingin keselesaan dan mencari ketenangan
- kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju
- Misalnya, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi
- kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut

Isi 2 : Pengusaha penginapan perlu menyediakan kemudahan penginapan yang selesa
- seperti hotel, chalet, dan sebagainya
- akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya
- negara memperoleh lebih banyak mata wang asing
- pembinaan hotel dan rumah penginapan tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara
- penyediaan kemudahan penginapan harus mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu

Isi 3: Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap
- maklumat tentang sesuatu destinasi menarik yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan – tak kenal maka tak cinta
- dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen.
- mewujudkan halaman pelancongan dalam internet
- Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit

Isi 4 : Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada
- Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan dapat menarik banyak pelancong datang ke negara ini
- Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak
- mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru
- pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat
- Contoh: Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana.

Isi 5 : Pihak kementerian mengadakan promosi di luar negara
- mengadakan pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu
- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara
- Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) berjaya menarik banyak pelancong datang ke negara in
- memberikan keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing

Penutup:
- terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini
- pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini
- tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita harus dikongsi bersama
- industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara


(b) Kepentingan Industri Pelancongan kepada Negara

Isi-isi:
1. dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia
2. dapat meningkatkan ekonomi negara
3. dapat memajukan industri hiliran
4. dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada rakyat asing – tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
5. mengurangkan kadar pengangguran - menyediakan peluang pekerjaan


Sunday, October 2, 2011

6. NILAI-NILAI KEMANUSIAAN

Anda telah membaca sebuah novel yang penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan. Huraikan nilai-nilai kemanusiaan dalam novel yang anda baca dan berikan contoh-contoh yang sesuai.

Novel yang saya baca ialah Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf

Nilai kemanusiaan:

1. Kegigihan
• Julia begitu gigih membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Berkat kegigihannya, Julia lulus dengan cemerlang. Akhirnya, Julia ditawarkan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam peringkat matrikulasi.

2. Bertanggungjawab
• papa telah menunjukkan sifat bertanggungjawabnya terhadap mama. Semasa mama jatuh koma, papalah orang yang membuat keputusan untuk membawa mama pulang ke rumah supaya dirinya dapat berdampingan dengan mama di samping menjaganya.

3. Ketabahan
• Julia dan papa telah tabah menghadapi realiti behawa anak kembar siam yang dilahirkan oleh mama meninggal dunia selepas dilahirkan. Mereka juga tabah menerima kenyataan bahawa mama koma selepas melahirkan anak kembar siamnya.

4. Pengorbanan
• mama sedia menerima risiko bahawa dirinya yang menghadapi komplikasi sekali lagi dengan mengandung buat kali yang kedua atas permintaan papa. Baginya, pengorbanan itulah yang perlu dilakukannya demi membahagiakan papa dan sekaligus mengekalkan kebahagiaan rumah tangga mereka.

5. Dedikasi
• Intan Maliana yang bekerja sebagai guru Matematik di Sekolah Menengah Seri Gading bagi Tingkatan 1 hingga 3. Sifat Mama yang bertanggungjawab dan cara pengajarannya yang efektif menyebabkan mama disukai oleh pelajarnya.

5. ISU TENAGA BURUH KANAK-KANAK

Pekerja di bawah umur atau tenaga buruh kanak-kanak merupakan isu yang sudah lama bersarang dalam masyarakat sejak dahulu hingga hari ini. Fenomena ini menjadi semakin popular terutamanya di negara dunia ketiga. Berikan cadangan-cadangan untuk menangani masalah ini.

Pengenalan

Negara-negara dunia ketiga seperti Afghanistan - salah sebuah negara yang paling miskin di dunia, di mana kanak-kanak adalah separuh daripada jumlah penduduk. Kanak-kanak yang bekerja bukanlah sesuatu yang mengejutkan di Afghanistan, tetapi sudah menjadi masalah sosial yang tegar dan kerajaan tidak mempunyai perancangan dan sumber yang cukup untuk menyelesaikannya.

Isi-isi:


1:Menguatkuasakan undang-undang- hukuman yang setimpal harus diimplementasikan

- Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan pemuda yang berumur di bawah 16 tahun hanya dalam jenis pekerjaan yang sesuai dan di dalam perusahaan tertentu: tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan dan moral.
- Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal dan/atau melindungi mereka daripada eksploitasi dan tidak mengganggu persekolahan mereka. Majikan yang melanggar akta ini boleh dikenakan penalti tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.

2: Organisasi masyarakat sama ada badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO) patut bergiat aktif dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak supaya tidak dieksploitasi.
>>NGO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)

- berperanan penting untuk memelihara hak kanak-kanak serta melindungi kanak-kanak daripada keganasan yang dihadapi termasuklah penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks
-Tabung Kanak-kanak telah ditubuhkan bagi menggubal satu akta yang berkesan untuk melindungi kanak-kanak.
>>Sebuah lagi organisasi politik yang tertua, yakni Gabungan Antara Parlimen(IPU), telah bergabung tenaga dengan UNICEF dalam melancarkan sebuah buku panduan yang telah direka khusus untuk menghentikan eksploitasi kanak-kanak.

3: Kawalan kastam yang ketat dan tanggungjawab angkatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- mencegah sebarang pemerdagangan manusia terutamanya kanak-kanak
- Dijangka lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan setiap tahun - dipaksa menjadi orang gaji, pekerja-pekerja kilang, malah hamba-hamba seks juga
- anggota polis menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Pengaman Malaysia di Port Dickson bagi mengenal pasti serta menghulurkan bantuan kepada mangsa
- harus bertungkus-lumus dan bekerjasama menangkap biang keladi yang mengawal pemerdagangan kanak-kanak-2 serta mengheret pesalah-pesalah ke muka mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

4: Kerjasama dan permuafakatan antara negara terutamanya negara2 jiran adalah amat penting dalam membanteras masalah ini.
- Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand wajar mewujudkan persefahaman, kerjasama serantau dan perkongsian bijak lebih-lebih lagi kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan
- Laporan Tahunan Perdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat melibatkan usaha kerajaan negara-negara asing untuk mencegah perdagangan manusia, mendakwa penjenayah dan melindungi mangsa

5: Pendidikan sedunia
- Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir anggota masyarakat terutamanya ibu bapa tidak mengambil berat terhadap kepentingan pendidikan kanak-kanak, malah tidak memahami kesan-kesan buruk yang bakal dibawa oleh masalah kemiskinan.
- Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan adalah amat penting bagi meneruskan kehidupan terutamanya dalam masyarakat kini yang dibuai arus modenisasi dan globalisasi.
- Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa digesa supaya menggubal sebuah akta atau undang-undang bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menerima serta melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya sampai umur 18 tahun atau melengkapkan tahap sekolah menengah.

4. KONSEP SATU MALAYSIA

Konsep Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang

ke-6. Pelbagai infrastruktur seperti Klinik 1 Malaysia telah disediakan. Jelaskan konsep-konsep Satu Malaysia.

Pendahuluan :

• Satu Malaysia - gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan 8 nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia: budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, pendidikan dan lain-lain.
• Merupakan satu pelengkap - membantu negara mengorak langkah demi langkah dalam menuju ke arah kemajuan dan kemakmuran negara
• Aspirasi negara, yakni Wawasan 2020 tercapai sekiranya konsep Satu Malaysia diterapkan ke dalam sanubari setiap rakyat dan diamalkan

Isi-isi:

1: untuk mencapai status negara maju, seperti yang diilhamkan melalui Wawasan 2020
- Membentuk sebuah negara yang kukuh dan stabil tidak kira sama ada dari segi politik ataupun dari segi ekonomi.
- Sejajar dengan tema Hari Kemerdekaan ke-53, iaitu Satu Malaysia Menjana Transformasi - menekankan transformasi/ perubahan terutamanya dalam aspek perindustrian dan pendidikan.
- Untuk mencapai matlamat ini, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu - padan dengan tema Hari Kemerdekaan ke-52 iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
- Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju apabila rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi

2: Memupuk dan mengukuhkan perpaduan antara kaum serta mengelakkan perselisihan faham
- kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum
- Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dengan konsep asimilasi di negara-negara lain di mana identiti kaum dan etnik akan lenyap dan diganti satu identiti nasional yang sama
- Sebaliknya konsep Satu Malaysia menghargai, menghormati dan memelihara adat istiadat, budaya dan segala pantang larang setiap kaum
- Selaras dengan salah satu nilai, iaitu penerimaan - sesuatu kaum sanggup menerima keunikan kaum yang lain, saling menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi - agar mewujudkan keharmonian dan ketenteraman negara.

3: Aspek pendidikan dititikberatkan
- Institusi-institusi pendidikan di Malaysia yang berlandaskan kurikulum seperti yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar
- Konsep ini juga merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya.
- Bermatlamat menghapuskan dasar pendidikan yang hanya berkepentinganan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu
- Pembentukan satu jenis sekolah - menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaum

4: Aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia
- Soal agama dan kepercayaan ini merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima serta menjunjungi prinsip dan amalan agama bangsa lain.
- Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian- agama yang dianuti sebahagian besar dalam masyarakat Malaysia
- Sensitiviti agama dan perkauman perlu dipelihara serta tidak boleh dipermainkan bagi mengelakkan perselisihan faham dan ketegangan
- Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung- mengunjungi semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan- salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain

5: Penubuhan Yayasan 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia
- Yayasan 1Malaysia menggerakkan, melaksanakan serta mendukung program yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, kepercayaan agama dan kedudukan ekonomi.
- mempromosikan 1Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian dengan menyediakan capaian, pembabitan dan sokongan kepada penyertaan sektor awam dan masyarakat madani dalam menangani isu sosial utama semua masyarakat.
- Klinik 1 Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat seperti demam, batuk dan selesema.
- Kebajikan dan kesihatan rakyat dijamin dan kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’

3. PENYAKIT SAKIT JANTUNG : PUNCA & PRAKARSA MENANGANINYA

Sebagaimana yang diketahui, penyakit sakit jantung merupakan pembunuh utama di negara kita. Anda sebagai pegawai kesihatan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Punca-punca yang Mengundang Penyakit Sakit Jantung dan Prakarsa-prakarsa untuk Menangani Penyakit Ini”. Sediakan teks selengkapnya.

PUNCA:



1: Menghisap rokok secara tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya sakit jantung.
- Bahan-bahan kimia terutamanya nikotin dan asap rokok akan mempercepat pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung, maka mengurangkan bekalan oksigen kepada jantung.
- Selagi saluran-saluran darah di dalam jantung seperti arteri koronari menjadi sempit dan tersumbat, individu akan menghidapi penyakit darah tinggi yang juga dikenali sebagai hipertensi dan sesak bernafas - meningkatkan risiko diserang sakit jantung.

2: Cara pengambilan makanan yang tidak seimbang juga menyumbang kepada masalah ini.
- Corak pemakanan rakyat yang gemar akan makanan segera dan makanan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti memudaratkan kesihatan
- Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak turut membebankan jantung manusia serta menggugat kesihatan kita
- Bukan itu sahaja, pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen/sampingan yang tidak betul akan menyebabkan sakit jantung.

3: Gaya hidup yang tidak sihat
- Kurang bersenam, sering terdedah kepada kehidupan yang penuh dengan tekanan, penderaan emosi seperti sedih atau marah juga akan menjejaskan kesihatan.
- Manusia dalam era pemodenan dan globalisasi terutamanya golongan remaja sering duduk di depan komputer beberapa jam berturut-berturut tanpa rehat - selalu mengamalkan tabiat tidur lewat - menjejaskan fungsi organ seperti otak, hati dan jantung.

PRAKARSA:


1: Mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang
- sewajarnya menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengelakkan karbohidrat yang halus, daging, telur dan makanan berlemak dan berminyak.
- jangan asyik makan di luar rumah
- Usus manusia lebih sesuai untuk diisi dengan serat yang berfungsi sebagai pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan

2: Kerap bersenam
- senaman aerobik seperti berjalan, joging, menuggang basikal dan berenang sepatutnya dilakukan
sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

- badan sihat otak cergas


3. Mengamalkan gaya hidup sihat
- Belajar mengendalikan tekanan dan mengawal emosi
- Menjalani pemeriksaan kesihatan badan tahunan, terutamanya golongan yang berumur 35 tahun ke atas

2. PERANAN KELUARGA DALAM MEMUPUK CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN

Ibu bapa sebagai tunjang institusi keluarga sering disandarkan tanggungjawab berat dalam menjana kepimpinan anak-anak. Jelaskan peranan keluarga dalam memupuk ciri-ciri seorang pemimpin.

1: Memberikan kasih sayang kpd anak-anak

- Meluangkan masa mengawasi gerak-geri anak
- Pemimpin yang berjaya dan berakhlak- hubungan erat dengan individu lain - empati (kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati)

2: Menerapkan didikan agama

- agama tidak harus diabaikan
- Anggapan bahawa agama tidak penting terutamanya dalam arus pemodenan teknologi satelit
- agama berfungsi untuk membentuk mentaliti dan moraliti *

* Mentaliti
~Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
~Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
~Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
~Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

* Moraliti
~Mempunyai disiplin diri yang unggul.
~Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
~Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

3: Menyediakan segala keperluan dan kemudahan

- persekitaran untuk belajar yang sesuai lagi selesa
- Bersedia untuk belajar daripada sesiapa dan rendah diri -
buang yang keruh, ambil yang jernih
- Hubungan pasangan suami isteri/ ibu bapa atau antara adik-beradik yang erat dan harmonis memastikan perkembangan rohani dan jasmani yang seimbang

4: Menjadi contoh teladan yang baik
- Bukan sahaja mengajar/menerapkan nilai-nilai murni dalam minda anak-anak, tetapi juga perlu mempraktikkan dalam kehidupan seharian.
- Minat membaca adalah amat penting – membaca jambatan ilmu- pemimpin yang berkaliber dan berwibawa mesti mempunyai ilmu dan teknik untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi.
- Seseorang pemimpin pandai membahagikan serta menggunakan masa sepenuhnya - bertindak bersesuaian dengan situasi

5: Hukuman dan galakan yang bersesuaian dan bertepatan adalah perlu dalam membentuk disiplin dalam diri anak-anak
- Jika kita tinjau daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang telah melakukan kesalahan - tiada harimau membaham anaknya - sayangkan anak tangan-tangankan.
- Oleh itu, ahli-ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu tegas dalam mendisiplinkan anak-anak

Friday, September 30, 2011

1. KESAN-KESAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apakah kesan-kesan penggunaan kad kredit?

Pendahuluan

• duit plastik
• sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini
• pengganti wang tunai
• penggunaannya semakin popular
• mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
• Visa kad, Master kad
• memberi kesan baik dan kesan buruk kepada pemiliknya.

Kesan baik

1. Menyenangkan urusan seharian
• pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu
• cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi
• bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad
• Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.

2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin
• Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
• Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
• Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan - pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi
• kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad - tandatangan

3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
• Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
• Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.

4. kemudahan pinjaman tunai
• boleh mengatasi kes-kes kecemasan
• boleh buat overdraf
• menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu

5. tawaran istimewa
• perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan
• hadiah promosi - telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian
• kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu

Kesan buruk

1. Melahirkan masyarakat yang suka berhutang dan budaya berbelanja yang kurang sihat dan tidak terkawal
• Pemegang kad kredit- bebas berbelanja mengikut nafsu/ tanpa had- sikap ‘senang dahulu susah kemudian menyulitkan kehidupan mereka nanti
• Kemudahan kad kredit menggalakkan pemegang kad berbelanja lebih daripada pendapatan mereka
• Sikap suka berhutang boleh menyebabkan individu terjebak dalam masalah yang lebih serius seperti muflis atau meminjam wang daripada lintah darat.
• dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun
• boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita

2. Mudah melakukan penipuan
• urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
• maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
• kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja
• pemilik menanggung akibat buruk - proses mahkamah yang menyulitkan

3. Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara
• Perbelanjaan secara tidak terkawal menjurus kepada masalah permintaan melebihi penawaran.
• Dalam erti kata lain, masalah inflasi di dalam negara akan berlaku dan seterusnya menyebabkan negara terancam oleh kemelesatan ekonomi
• harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran

Kesimpulan
• harus berdisplin
• boleh mengawal diri ketika berbelanja

Friday, June 17, 2011

SUMBANGAN UNTUK MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN RAKYAT

SOALAN 5:

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

Format : Tiada

Pendahuluan:

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi – kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa – remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita

Isi-isi:

(a) Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional – menyertai aktiviti dalam kelab tersebut – saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia – tak kenal maka tak cinta – menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita – warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

(b) Anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya – kita akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang banyak daripada amalan tersebut – kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut – anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur – pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial – warisan dan amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga – tidak menconteng arang di muka ibu bapa kita

(c) Golongan pelajar seperti saya sewajarnya memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional – pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya – memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan – pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional – bangga jika busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia – harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang

(d) Kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaan makanan tradisional – Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini – nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya – makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda

(e) Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka – golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia – membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau – mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita - menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka

Penutup:

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan – arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar – warisan kita tanggungjawab kita – kita harus mengekalkan warisan nenek moyang kita –menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain – Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!