Friday, September 30, 2011

1. KESAN-KESAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apakah kesan-kesan penggunaan kad kredit?

Pendahuluan

• duit plastik
• sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini
• pengganti wang tunai
• penggunaannya semakin popular
• mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
• Visa kad, Master kad
• memberi kesan baik dan kesan buruk kepada pemiliknya.

Kesan baik

1. Menyenangkan urusan seharian
• pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu
• cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi
• bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad
• Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.

2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin
• Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
• Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
• Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan - pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi
• kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad - tandatangan

3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
• Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
• Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.

4. kemudahan pinjaman tunai
• boleh mengatasi kes-kes kecemasan
• boleh buat overdraf
• menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu

5. tawaran istimewa
• perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan
• hadiah promosi - telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian
• kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu

Kesan buruk

1. Melahirkan masyarakat yang suka berhutang dan budaya berbelanja yang kurang sihat dan tidak terkawal
• Pemegang kad kredit- bebas berbelanja mengikut nafsu/ tanpa had- sikap ‘senang dahulu susah kemudian menyulitkan kehidupan mereka nanti
• Kemudahan kad kredit menggalakkan pemegang kad berbelanja lebih daripada pendapatan mereka
• Sikap suka berhutang boleh menyebabkan individu terjebak dalam masalah yang lebih serius seperti muflis atau meminjam wang daripada lintah darat.
• dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun
• boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita

2. Mudah melakukan penipuan
• urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
• maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
• kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja
• pemilik menanggung akibat buruk - proses mahkamah yang menyulitkan

3. Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara
• Perbelanjaan secara tidak terkawal menjurus kepada masalah permintaan melebihi penawaran.
• Dalam erti kata lain, masalah inflasi di dalam negara akan berlaku dan seterusnya menyebabkan negara terancam oleh kemelesatan ekonomi
• harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran

Kesimpulan
• harus berdisplin
• boleh mengawal diri ketika berbelanja

22 comments:

  1. waooo...
    saya kagum dengan cara cikgu anelyza mengembangkan isi. mungkin saya boleh mengambil isi cikgu jika karangan saya berkaitan dengan jawapan yang cikgu berikan. terima kasih, cikgu!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk dijadikan sebagai rujukan ketika membuat esei Pengajian Am....

    ReplyDelete
  3. wwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaooooooooooooooooooouuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Rujukan dan panduan asignment saya.

    ReplyDelete
  5. SYUKRAN ATAS ISI YANG DIKONGSIKAN.

    ReplyDelete
  6. Tahniah...
    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  7. Terima kasihh! Amat brfaedahh!

    ReplyDelete
  8. Memang saya respect cikgu...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian ilmu!

    ReplyDelete
  10. Tapi cikgu saya ada terbaca kalau kad ni susah untuk di tipu. Tlg cikgu sy pening sangat!!!!😭

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. THANK YOU VERY MUCH THIS IS SO USEFUL

    ReplyDelete