Tuesday, January 17, 2012

WARGA ASING

Mengapakah Malaysia Dibanjiri Warga Asing?
1. Pembangunan negara yang pesat
2. Rakyat tempatan yang terlalu memilih pekerjaan
3. Dasar pintu terbuka kerajaan
4. Faktor bencana alam dan peperangan di negara asal
5. Sikap tidak bertanggungjawab majikan tempatan & agensi-agensi bawa masuk pekerja luar
6. Kemiskinan dan desakan hidup
7. Peluang pekerjaan terhad di negara asal

Kesan Kemasukan Buruh Asing di Negara kita
(a) EKONOMI
1. Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing
2. Pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan melalui sistem transaksi yang canggih
3. Membantu mempercepat proses pembangunan negara
4. Meningkatkan percambahan idea antara pekerja asing dan tempatan demi kemajuan
5. Menggugat ekonomi rakyat tempatan

BUKTI:
* Warga asing yang diuruskan di penjara berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan berjumlah 13,392 orang
* Peruntukan disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan imigresen

(b) SOSIAL
1. Penempatan setinggan kian bertambah dan menimbulkan suasana pemandangan yang jelek – menjatuhkan imej negara di mata dunia
2. Kadar jenayah semakin meningkat
3. Banyak pengangguran berlaku dalam kalangan orang tempatan
4. Menularkan kemasukan budaya yang tidak sihat dari negara asal mereka
5. Penularan penyakit berjangkit
6. Menimbulkan keadaan sesak

BUKTI:
Mantan Ketua Polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Anggota polis yang sebanyak 90,000 orang berbanding jumlah 25 juta rakyat Malaysia tidak mampu membanteras pendatang tanpa izin secara menyeluruh

LANGKAH MENGATASINYA
1. Pengawasan kawasan sempadan harus diperketat
2. Penghantaran pulang pendatang haram yang ditangkap
3. Memperketat undang-undang
4. Kerajaan harus membenarkan sektor tertentu sahaja yang boleh menggaji pekerja asing

BUKTI:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah membuat pengumuman mengenai keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing ke 1.5 juta orang dalam tempoh tiga tahun

UNGKAPAN MENARIK
1. tepuklah dada tanyalah selera
2. menutup periuk nasi
3. kerana nila setitik rosak susu sebelanga
4. cendawan yang tumbuh selepas hujan
5. gula yang dihurungi semut
6. di mana ada gula, di situ ada semut
7. lombong emas
8. kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan
9. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

1 comment:

  1. salam , cikgu saya dari smk pusat bandar puchong . nak tanya sikit. apa pula kebaikan warga asing serta bukti mereka dalam menjana pembangunan negara . sebab saya masuk perbahasan buat kali pertama jadi kerajaan dalam usul 'warga asing mampu menjana pembangunan negara'

    ReplyDelete