Friday, September 7, 2012

Soalan 4 – PERASAAN PEMBACA


Biasanya pelbagai emosi dirasai pembaca semasa menikmati sesebuah novel. Huraikan dua macam perasaan anda setelah membaca salah sebuah daripada novel yang tersenarai.

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Novel ini mengisahkan seseorang pemuda kampung iaitu Hilmi yang telah ke bandar untuk mencari kerja dan akhirnya telah menjadi seorang pemain muzik yang berjaya. Pengarang telah merakamkan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Hilmi dan perasaan watak-watak yang terdapat dalam novel dengan sebaik-baiknya. Pembaca dapat merasakan pelbagai emosi ketika menikmati novel ini.

Sebagai pembaca, saya telah berasa kecewa akan layanan Datuk Johari dan Datin Salmah kepada Hilmi sewaktu dia tinggal di rumah mereka. Sejak mengetahui bahawa Hilmi merupakan pemuda dari kampung yang hanya belajar sehingga darjah empat di sekolah Melayu sahaja, Datin Salmah tidak menyukai Hilmi. Dia asyik menghina dan mengejek Hilmi. Contohnya, apabila Hilmi mengatakan kesanggupannya untuk bekerja sebagai kuli, Datin Salmah telah mengejeknya. Walaupun Datuk Johari tidak menghina Hilmi namun dia kurang membantu Hilmi dan berasa malu akan hubungannya dengan Hilmi.  Datuk Johari malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi yang bekerja sebagai tukang kebunnya merupakan anak saudaranya. Layanan Datuk Johari dan Datin Salmah memang mengecewakan saya kerana mereka menunjukkan bahawa mereka sungguh mementingkan kedudukan atau status seseorang.

Selain itu, saya telah berasa gembira akan kejayaan Hilmi sebagai pemain muzik. Setelah banyak mengharungi cabaran, Hilmi akhirnya telah menjadi pemain muzik terkenal dalam negara dan pernah memberikan persembahan di Festival Muzik di Tokyo. Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, banyak orang telah mendorong dan membantunya termasuklah Hayati, Mamat, Encik Bakar dan lain-lain lagi. Tamsilnya, Encik Bakar telah mengajar Hilmi secara percuma selepas mengetahui bahawa Hilmi mempunyai bakat dalam muzik. Hilmi juga telah banyak berusaha sehingga berjaya menggubah beberapa lagu yang diminati ramai dan diberi peluang untuk memimpin Hilmi Potpouri. Usaha diri sendiri dan bantuan orang lain telah menghasilkan kejayaan Hilmi sebagai pemain muzik terkenal. Kesemua ini menimbulkan perasaan gembira dalam pembaca apabila melihat kejayaan Hilmi yang begitu menggembirakan.


Tingkatan 4

P1: Novel Papa – karya Deana Yusof – kisah hidup Intan Julia 

P2: Perasaan marah – ayah Intan Julia, Jeffri – mengahwini Aisyah – tidak mempedulikan perasaan Julia – mementingkan diri sendiri – Intan Maliana – koma  

P3: berasa sedih – Intan Maliana – sedar daripada komanya – mengetahui bahawa Jeffri telah memperisteri Aisyah – marah – meninggal dunia – harapan Julia dan Jeffri – keluarga bahagia – lenyap  

Oleh : Foo Charmane (5W)

No comments:

Post a Comment