Saturday, September 8, 2012

SOALAN 7 - KRITIKAN SOSIAL


Berdasarkan  sebuah novel  yang  telah  anda pelajari , jelaskan dua kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

            Novel yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karyaan Abdullah Hussain.Terdapat beberapa kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel  tersebut.

            Antara kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat yang memandang rendah atas keupayaan orang lain atas sebab-sebab tertentu. Sikap ini dapat ditunjukkan melalui watak Datuk Johari. Contohnya, Datuk Johari tidak mahu menghargai kebolehan Hilmi yang sudah berjaya menjadi seniman agung. Walaupun dia diberi tiket untuk menonton Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia memulangkan tiket itu kepada orang yang memberinya kerana dia menganggap kebolehan dan bakat Hilmi tidak ke mana-mana. Hal ini disebabkan oleh Hilmi hanya lulus setakat darjah empat sekolah Melayu. Malah, dia tidak mahu menyebut nama Hilmi apabila Datin Salmah mengajaknya untuk menonton pertunjukan itu.

            Kritikan sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan oleh Abdullah Hussain ialah sikap masyarakat yang mementingkan status dan kedudukan sosial. Sikap ini telah jelas dipaparkan oleh  watak Datin Salmah. Datin Salmah yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat bangga, sombong, dan mementingkan kedudukan. Misalnya, Datin Salmah mahu orang menghormatinya, malah dia suka orang menyebutnya ‘Datin’ ketika menyapa dan berbual dengannya. Oleh itu, apabila Hilmi memanggilnya dengan panggilan Mak Cik Salmah, dia rasa tersinggung. Di samping itu, apabila Mak Cik Minah melayani Hilmi dengan baik dan menyapanya dengan menggunakan perkataan ‘Encik’, Datin Salmah memarahi Mak Minah sehingga Mak Minah melongo apabila mendengar kata-kata Datin Salmah. Oleh itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu melayani Hilmi dengan baik, malah juga melarang pembantu rumahnya memberi layanan yang baik dan berencik-encik kepada Hilmi. Datin Salmah melayani orang yang berdarjat dan berpangkat dengan baik dan memandang hina terhadap orang biasa dan orang miskin. Buktinya , dia memarahi Hayati kerana rapat dengan Hilmi walaupun Hilmi juga sepupu Hayati sama seperti Mohsin. Dia memberi layanan yang  istimewa kepada Mohsin kerana Mohsin berpangkat dan kaya.


KRITIKAN SOSIAL NOVEL PAPA

1.  Mengingkari perintah Tuhan dan melakukan dosa – Encik Muaz al-Khalibi telah menodai pengemas biliknya sehingga mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu meninggalkan Rasylan yang baru dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.
2.    Iri hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang – Murni menghasut rakan       sekelas yang lain agar memusuhi Intan Julia.
3.      Dendam yang berpanjangan - Datuk Mustakim melanggar ibu bapa Jeffri ketika pulang dari      solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa Julia, Jeffri bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.

Oleh: Kimberly Ling (5W)

1 comment: