Saturday, November 3, 2012

KARANGAN SPM 15: OBESITI


(a)   Punca:
i.        tidak mengamalkan amalan pemakanan seimbang
ii.      kurang aktiviti riadah dan kecergasan fizikal
iii.    sikap ibu bapa yang tidak menjaga pemakanan anak-anak
iv.    sikap pengeluar makanan segera dan ringan yang membuat promosi menarik
v.      kempen kesedaran yang tidak berkesan

(b)   Langkah:
i.        Mengambil makanan yang diet dan seimbang mengikut piramid makanan
ii.      Kerap menjalani aktiviti kecergasan fisikal
iii.    Ibu bapa perlu menyediakan menu harian yang sihat dan seimbang
iv.    Pihak berautoriti perlu mengadakan kempen kesedaran secara berterusan dan efektif
v.      Pengeluar makanan perlulah mengeluarkan makanan yang berkhasiat dan seimbang

Menarik & matang:
i.        Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.
ii.      Kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.
iii.       Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom)
iv.         Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda.
v.    Petikan hadis, jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan sebagai aset yang paling berharga kepada manusia.
vi.      Institut Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung.
vii.     70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian

2 comments: