Saturday, November 3, 2012

KARANGAN SPM 7: KECEMERLANGAN ANAK-ANAK


Peranan keluarga bahagia:
i.           menjadi entiti mithali / suri teladan kepada anak-anak
ii.         menyediakan kemudahan dan keperluan anak-anak
iii.       memberikan didikan agama yang sempurna
iv.       memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya
v.         memberikan kursus-kursus yang dapat membentuk kecemerlangan anak-anak
vi.       melakukan aktiviti riadah bersama-sama

Menarik & Matang
i.           Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan.
ii.         Kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi teladan kepada anak lelaki beliau iaituYang Amat Berhormat Datuk Seri Najib yakni perdana menteri kita kini.
iii.       Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka.
iv.       ibarat layang-layang terputus tali
v.         bagaimana acuan, begitulah kuihnya / ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi
vi.       bagai menatang minyak yang penuh
vii.     membanting tulang empat kerat / bagai lebah menghimpun madu
viii.   Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan.
ix.       Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
x.     Seorang tokoh filsuf terkenal, Franklin D.Roosevelt pernah mengungkapkan bahawa segala-galanya
     bermula dari rumah yakni keluarga. Ungkapan beliau ini jelas menggambarkan bahawa ibu bapa 
     mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sifat dan perlakuan anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment