Sunday, November 4, 2012

NOVEL 2: WATAK SAMPINGAN


(a) Pilih dua buah novel yang anda pelajari. Bandingkan satu watak sampingan daripada kedua-dua buah novel tersebut.

         Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dan novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), karya Deana Yusof. Kedua-dua novel ini mengandungi beberapa watak sampingan yang meyumbang kepada perkembangan plot novel masing-masing. Salah satu watak sampingan daripada novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari manakala satu watak sampingan daripada novel Papa ialah Encik Jeffri. Kedua-dua watak ini mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.

         Datuk Johari dan Encik Jeffri, yang dikenali sebagai Papa mempunyai ciri yang sama iaitu mereka merupakan penyayang. Dalam novel Konserto Terakhir, Datuk Johari merupakan seorang penyayang kepada keluarganya. Contohnya, Datuk Johari sanggup rajin bekerja supaya isterinya, Datin Salmah dan anaknya, Hayati dapat hidup dengan mewah. Encik Jeffri dalam novel Papa juga merupakan seorang penyayang. Buktinya, Encik Jeffri amat menyayangi isterinya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga isterinya, Intan Maliana yang berada dalam koma.

         Manakala, perbezaan perwatakan Papa dan Datuk Johari ialah Datuk Johari ialah seorang yang lebih mementingkan status daripada tali kekeluargaan manakala Papa ialah seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Datuk Johari berasa malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi merupakan anak saudaranya dan bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Hal ini disebabkan Hilmi merupakan seorang pemuda kampung dan bersekolah setakat darjah empat sekolah Melayu. Manakala, Papa pula seorang yang mementingkan ikatan kekeluargaan. Buktinya ialah Papa membawa Mak Cik Noraini yakni sepupunya tinggal dengannya selepas kematian suami dan anak-anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam raya suatu ketika dahulu. Walaupun Mak Cik Noraini berkhidmat di rumah keluarga Jeffri sebagai pembantu rumah namun Papa menganggapnya sebagai ahli keluarganya. 

            Perbezaan yang lain antara dua watak ini ialah pegangan agama mereka. Papa merupakan seorang yang mengamalkan ajaran agamanya dan tidak meninggalkan solatnya. Buktinya, dia dan Intan Julia, anaknya pergi menjenguk Intan Maliana di biliknya selepas menunaikan solat Maghrib. Papa atau Jeffri juga menyuruh Intan Julia mengerjakan solat Asar sebelum mereka pergi bermain tenis di Kelana Jaya. Situasi ini berbeza dengan Datuk Johari dalam novel Konserto Terakhir. Datuk Johari pula seorang yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam. Dia tidak bersolat dan mempunyai sebuah bar mini di rumahnya. Dia juga tidak menyuruh isteri dan anaknya bersolat.

 Sumbangan : Gloria Su Mi-Li (WMSKL, 5W)

 
(b) Watak sampingan banyak mempengaruhi perjalanan cerita sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak sampingan. (8 markah)

          Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Pengarang telah memperkenalkan pelbagai watak sampingan dalam novel ini supaya perjalanan cerita menarik. Antara watak sampingan termasuklah Datin Salmah, Datuk Johari dan Mamat. 

          Datin Salmah merupakan ibu Hayati dan isteri Datuk Johari. Antara perwatakan Datin Salmah ialah dia seorang yang ego dan sombong. Sebagai contoh, dia berasa terhina sekiranya orang tidak membahasakan dirinya ‘datin’ apabila bersapa atau berbual dengannya. Buktinya, Datin Salmah menegur Hilmi, anak saudara suaminya, Datuk Johari dengan sombong apabila Hilmi membahasakannya ‘mak cik’. Hal ini telah jelas menunjukkan bahawa Datin Salmah merupakan seorang yang ego lagi sombong dalam novel ini.

          Datuk Johari merupakan ayah Hayati dan suami Datin Salmah. Antara perwatakan Datuk Johari ialah dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini dapat dibuktikan apabila Datuk Johari telah meninggalkan isteri pertamanya pada malam pengantin. 19 tahun yang lalu, Datuk Johari telah meninggalkan kampungnya di Kedah bersama surat cerai untuk isterinya pada malam pengantin dan terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Hal ini turut membuktikan bahawa Datuk Johari merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menceraikan dan meninggalkan isterinya tanpa meninggalkan sebarang pesanan pun. 

          Mamat merupakan drebar Dr. Nathan, jiran Datuk Johari dan Datin Salmah yang berasal dari Kelantan. Antara perwatakan Mamat termasuklah dia seorang yang suka membantu. Tamsilnya, Mamat telah mencadangkan kepada Hilmi supaya belajar muzik daripada mana-mana guru kerana dia merasakan bahawa Hilmi memiliki bakat dalam bidang muzik dan dapat bermain piano dengan baik. Mamat juga telah memperkenalkan Hilmi kepada Encik Bakar, seorang pemimpin ‘quartet’ di Hotel Titiwangsa yang sudi mengajar dan melatih Hilmi supaya menjadi pemain muzik yang tersohor. Hal ini turut menunjukkan bahawa Mamat sememangnya seorang yang suka membantu dan sikap suka membantu Mamat telah memberikan kejayaan Hilmi. 

Novel Papa, karya Deanna Yusof

1.   Papa (Encik Jeffri)
Bapa Intan Julia, suami Mama (Intan Maliana) - seorang yang sayang kepada isteri. Buktinya, Papa berulang-alik ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjenguk Intan Maliana yang koma setiap hari selama bertahun-tahun. Papa tidak pernah berasa bosan menemani isteri kesayangannya semasa dia koma, malah Papa sentiasa bersembang dengan Mama dan melaporkan kejadian harian kepada Mama seolah-olah Mama sedang mendengar. - Menunjukkan bahawa Papa seorang yang menyayangi isterinya.

2.   Mama (Intan Maliana)
Ibu Julia, isteri Papa (Encik Jefrri) - Seorang yang sanggup berkorban untuk suami. - Buktinya, Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua untuk memenuhi kehendak suaminya, Encik Jeffri. Walaupun mengetahui bahawa dia besar kemungkinan akan mengalami komplikasi kali kedua, Mama tetap mangambil risiko untuk melahirkan anak kembar siamnya supaya hasrat Encik Jeffri untuk mendapatkan anak lagi tercapai. - Menunjukkan bahawa Mama seorang yang sanggup berkorban untuk suaminya.

3.   Mak Cik Noraini
       Pembantu rumah Encik Jeffri sekeluarga. - seorang yang prihatin. - Sikap prihatin Mak Cik Noraini 
      ditunjukkan apabila Mak Cik Noraini berasa risau apabila menerima berita bahawa Mama       
      telah mengandung kali kedua. Mak Cik Noraini menashati Intan Maliana supaya berfikir masak-masak   
      sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan anak kerana dia memahami keadaan Intan Maliana. -  
      Menunjukkan bahawa Mak Cik Noraini sememangnya berprihatin terhadap Intan Maliana.
 
Sumbangan: Elaine Khoo (5P, WMSKL)

No comments:

Post a Comment