Saturday, November 3, 2012

REVISI AKHIR TATABAHASA (Soalan 3(b))


Tajuk-tajuk yang perlu difokuskan:

1.      Cakap ajuk dan cakap pindah

(a)   Cakap ajuk – ayat dialog
Contoh: “Apa khabar, Hanafi?” tanya Ramesh.

(b)   Cakap pindah – ayat penyata
Contoh: Ramesh bertanyakan khabar Hanafi.


2.      Ayat aktif susunan biasa dan ayat aktif susunan songsang

(a)   Susunan biasa subjek (FN) + predikat (FN, FK, FSN, FA)
Contoh: Jambatan Pulau Pinang terpanjang di Asia Tenggara

(b)   Susunan songsang – predikat (FN, FK, FSN, FA) + subjek (FN)
Contoh: Terpanjang di Asia Tenggara Jambatan Pulau Pinang.


3.      Ayat pasif susunan biasa dan ayat pasif susunan songsang

(a)   Susunan biasa – subjek (FN) + predikat (FN, FK, FSN, FA)
Contoh: Buku itu telah saya baca / Buku itu dibaca oleh adik.

(b)   Susunan songsang – predikat (FN, FK, FSN, FA) + subjek (FN)
Contoh: Telah saya baca buku itu. / Dibaca oleh adik buku itu.


4.      Ayat aktif dan ayat pasif

(a)   Ayat aktif – Pelaku + KKT + objek (FN)
Contoh: Saya / Ibu sedang menggoreng ikan.

(b)   i. Ayat pasif (diri pertama dan kedua) – Objek + Kata ganti nama diri 1 atau 2 + kata kerja pasif (dibuang awalan meN-)
Contoh: Ikan sedang saya goreng.
ii. Ayat pasif (diri ketiga) – Objek + di + Kata kerja pasif + pelaku diri ketiga.
Contoh: Ikan sedang digoreng oleh ibu.


5.      Ayat Aktif

(a)   Ayat aktif transitif – ada objek dan BOLEH dipasifkan.
Contoh: Saya sedang membaca buku.

(b)   Ayat aktif tak transitif – ada pelengkap dan TIDAK boleh dipasifkan.
Contoh: Adik sedang menari di atas pentas.


6.      Ayat Majmuk

(a)   Ayat majmuk gabungan - dan, serta, atau, sambil, lalu, maka, sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila

(b)   Ayat majmuk pancangan:
i.                    pancangan relatif – yang
ii.                  pancangan komplemen – bahawa
iii.                pancangan keterangan - ketika, kerana, sekiranya, lantaran, andai kata dan sebagainya

(c)    Ayat majmuk campuran – gabungan + pancangan


7.      Ayat Perintah

(a)   Ayat Suruhan
Contoh: Minumlah, angkatkan, siapkan dsb

(b)   Ayat Permintaan – minta atau tolong

(c)    Ayat Larangan – jangan, usah, tak usah, dilarang atau ditegah

(d)   Ayat Silaan – sila atau jemput


8.      Jenis-jenis ayat

(a)   Ayat penyata – ayat keterangan atau ayat berita
(b)   Ayat songsang – pendepanan predikat
(c)    Ayat nafi – tidak / bukan
(d)   Ayat tanya – susunan biasa / susunan songsan
(e)    Ayat seruan
(f)    Ayat aktif – transitif / tak transitif
(g)   Ayat pasif – susunan biasa / susunan songsang
(h)   Ayat perintah – suruhan / permintaan / silaan / larangan
(i)     Ayat tunggal – satu subjek + satu predikat
(j)  Ayat majmuk – gabungan / pancangan / keterangan


3 comments: