Sunday, November 4, 2012

NOVEL 1: BIODATA PENULIS NOVEL


(a)    KONSERTO TERAKHIR
     
        Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengarang novel Konserto Terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau  dilahirkan pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau, Yan, Kedah. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah lima. Kemudian, beliau menyambung pelajaran beliau di Sekolah Inggeris St. Michael (1932-1933). Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.

           Dari segi  pekerjaan,  beliau pernah sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939, Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan, pernah bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968).
                         
         Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei, kritikan, drama, dan sebagainya. Hasil-hasil karya beliau yang lain adalah seperti Issabela (terjemahan), Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi.

        Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kemenangan. Beliau pernah SEA Write Award, dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telah memenangi Sasterawan Negara ke-8.


(b)   PAPA

      Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.

      Kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti.

No comments:

Post a Comment