Friday, February 8, 2013

INFO KESIHATAN

Frasa / Ungkapan Menarik
   Kesihatan melambangkan kekayaan
   Rakyat Sihat, Negara Maju (slogan)
   Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang
Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang 
   (Hadis Nabi) Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit 
•   Moliere ada berkata, “Aku hidup daripada makanan yang baik, bukan daripada kata-kata yang indah.” / “Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.”
 
  KEMATANGAN
 
   Lebih 60% daripada rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% daripada jumlah itu berada dalam kategori obes.
•  Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda 
   Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggumenurut Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).  Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus. 
   Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit jantung. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal
* Kajian awal Institut Kanser Kebangsaan AS sendiri menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47peratus bagi mereka yang mendapat kurang tujuh jam tidur setiap hari.

No comments:

Post a Comment