Thursday, April 18, 2013

LATIHAN KATA TUGAS 4KL(1) & 4WP(2)

LATIHAN 1
Kenal pasti kata penyambung ayat dan nyatakan jenisnya.
 

1.   Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas 
      menjadi mercu tanda negara kita.

2.   Banyak perokok yang menyedari bahaya merokok tetapi 
      mereka masih meneruskan amalan yang buruk ini.

3.   Tujuan kami menyertai ekspedisi ini ialah kami ingin melihat 
      keindahan alam sambil menguji ketahanan fizikal dan mental.

4.   Kami ke Putrajaya lalu singgah sebentar di Muzium Negara.

5.   Perlawanan bola sepak Liga Perdana itu ditangguhkan kerana 
      hujan lebat.

6.   Pihak Kementerian Pelajaran menegaskan bahawa tindakan 
      tegas akan diambil kepada pelajar yang ponteng sekolah.

LATIHAN 2 
 Lengkapkan tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah 
 dengan kata tugas yang sesuai.
   
             Bidang pertanian mampu memberikan pulangan ___(1)___ lumayan ___(2)___ diusahakan secara bersungguh-sungguh. Remaja hari ini lebih berminat menceburi bidang perindustrian berbanding dengan bidang pertanian ___(3)___ beranggapan ___(4)___ bidang pertanian tidak memberikan apa-apa keuntungan. ___(5)___ bidang pertanian mampu menandingi bidang-bidang lain ___(6)___ dilakukan secara komersial. ___(7)___ para belia masih tidak sedar akan hal ini? Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha ___(8)___ bidang ini diceburi oleh semua orang ___(9)___ mahasiswa yang menganggur ___(10)___ mereka menunggu pekerjaan lain yang lebih sesuai.


LATIHAN 3 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan berikut.

        Sesuatu yang amat menarik dibincangkan apabila tiba sesuatu perayaan ialah sikap sesetengah pengusaha gedung perniagaan yang mengadakan pelbagai jualan murah. Banyak pembeli akan mengunjungi gedung-gedung ini agar tidak ketinggalan. Bermacam-macam barang dibeli untuk menyambut perayaan tersebut. Seperkara lagi adalah tentang rumah terbuka. Banyak tetamu yang hadir bagi meraikan rakan-rakan mereka. Sambutan ini pastinya sungguh meriah dengan berbagai-bagai hidangan yang disajikan.

Berdasarkan petikan di atas, berikan contoh-contoh kata 
berikut:
(a)  4 contoh kata bilangan
(b)  4 contoh kata sendi nama
(c)  2 contoh kata penguat
(d)  2 contoh kata pemeri

2 comments:

  1. contoh soal bahasa yang menarik dijadikan artikel dalam blog ini, kunjungi juga ya blog saya www.goocap.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete