Tuesday, January 28, 2014

PANDUAN MENULIS PERENGGAN PENUTUP



TEKNIK KCH


  • 3 jenis ayat penting:

(a)    Ayat KESIMPULAN ISI-ISI (penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah) + tema)
Contoh: Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa beberapa langkah yang dapat diimpelmentasikan oleh (sasaran) ibu bapa untuk (tema) mewujudkan keluarga yang bahagia

(b)   Ayat cadangan (…perlulah / hendaklah / haruslah / seyogianya)
Contoh: Namun begitu, obligasi untuk menangani masalah jenayah di negara kita tidak seyogianya diletakkan atas pundak kerajaan sahaja. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan warna kulit perlulah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menangani masalah ini hingga akar umbi. / Kita haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest, seluas Banjaran Himalaya, sedalam Jurang Mariana dalam membendung isu ini daripada membarah sebelum terlewat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

(c)    Ayat harapan. Contoh:
-          Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.
-          Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.
-          Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi kenyataan dan sekali gus Wawasan 2020 dapat dicapai dengan mudah untuk memastikan Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi di persada antarabangsa.
-          Hubungan ukhuwah antara semua pihak dapat merealisasikan impian untuk mencapai tahap negara kelas pertama seperti kata falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama.
-          Wahai anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung (semangat rajin bekerja) / biar putih tulang, jangan putih mata (semangat berjuang bersungguh-sungguh) untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!


  • Penanda wacana ayat penutup karangan

(a)    Sebagai intiha,
(b)   Akhir kalam / Akhirulkalam,
(c)    Sudah terang lagi bersuluh bahawa…
(d)   Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa…
(e)    Secara tuntasnya,
(f)    Sebagai konklusinya
(g)   Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa
      f)   Sebagai penghias bicara akhir,
g)   Secara keseluruhan,
i)    Secara total, 


CONTOH 1 -  Pengaruh luar yang dihadapi oleh remaja

               Secara analoginya, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak pengaruh luar yang dihadapi oleh para remaja di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini. Tindakan mengharapkan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jika masalah pengaruh luar dalam kalangan remaja dapat dihapuskan, remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara  dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk memacu pembangunan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak menjadi realiti. Oleh sebab itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Secara implisitnya, negara kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia. Imej negara juga akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh jika akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.”

CONTOH 2 - Peranan ibu bapa untuk mendidik anak menjaga kebersihan

                    Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang singnifikan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan. Anak-anak apabila diajar erti kasih sayang, mereka akan mengasihi. Apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab dan apabila diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi rujukan dan terminologi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunding jari kepada ibu bapa sahaja untuk memikul tanggungjawab ini. Semua pihak seyogianya bekerjasama ibarat ke buki sama didaki, ke lurah sama dituruni supaya remaja di negara kita dapat mementingkan kebersihan pada masa hadapan. Amalan kebersihan ini amatlah penting bagi seseorang individu, sekumpulan masyarakat dan sesebuah negara. Sebuah negara yang maju berakarkan masyarakat yang sihat dan cergas. Oleh itu, remaja yang merupakan aset negara dan bakal menerajui pemerintahan negara haruslah mementingkan kebersihan di negara kita. Nelson Mandela pernah berkata, “Jika hendak melihat sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya.” Jika remaja kita mementingkan kebersihan dalam kehidupan maka negara kita akan disegani oleh negara lain lantas menjadi terkenal di seantero dunia.
 




12 comments:

  1. Assalamualaikum, singgah baca entri di sini cikgu dan follow juga. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Thanks for the really helpful info! I will apply it in my essays. :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak banyak ye 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. { Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.}

    bukan ke KOMITMEN PADU DIHARAPKAN DARIPADA SEMUA PIHAK UNTUK mencapai visi kudsi.......

    ReplyDelete
  6. Terima kasih..saya kongsikan dapatan ini bersama pelajar-pelajar saya. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. thanks to cikgu anelyza sebab bagi input menarik ... salam sayang dari saye <3

    ReplyDelete