Friday, April 18, 2014

ISI-ISI DIMENSI IBU BAPA

10 punca-punca & 10 langkah-langkah


PUNCA
LANGKAH
1.       tidak memberikan didikan agama yang sempurna
-          keimanan yang senipis kulit bawang
-          kehidupan terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda
-          Albert Einstein, “Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.”

1.       memberikan didikan agama yang sempurna
-          melentur buluh biarlah dari rebungnya
-          Hadis nabi – anak-anak sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkannya
-          Dr. H.M Tuah Iskandar , “Seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegelapan namun cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”.

2. kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa
-           Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim

2. memberikan kasih sayang yang secukupnya
          - bagai menatang minyak yang penuh

3. tidak menjadi suri teladan / entiti mithali /
    uswah hasanah
-          bapa borek anak rintik
-          ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget

3. menjadi suri teladan / entiti mithali / uswah
     hasanah
-          ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi
-          bagaimana acuan begitulah kuihnya

4. tidak memantau pergerakan dan pergaulan
    anak-anak
-           belum keras ubun-ubunnya
-           menconteng  arang ke muka
-           terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya

4. memantau pergerakan dan pergaulan anak-
    anak
-          berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang
-           Kata pujangga -  “Terkena percikan api apabila bergaul dengan penebuk besi, tercium bau wangi apabila bergaul dengan penjual minyak wangi"

5. tidak tegas ketika mendidik dan menghukum
-          tidak berani seperti harimau menyembunyikan kukunya / singa menyembunyikan taringnya

5. perlu lebih tegas ketika mendidik dan
     menghukum
            -          tiada harimau yang akan membaham 
                  anaknya

6. tidak memiliki ilmu keibubapaan
          -          katak di bawah tempurung

6. perlu memiliki ilmu keibubapaan
          -          ilmu itu pelita hidup (akan memberikan ilmu
                 sebagai panduan untuk membimbing  
                 anak-anak ke jalan yang benar)

7. menghadapi tekanan kerja
          -          mementingkan perasaan diri sendiri              
                 bagaikan enau dalam belukar melepaskan 
                 pucuk masing-masing

7. perlu bersabar
          -          sabar itu sebahagian daripada iman

8. tidak menyediakan keperluan anak-anak   disebabkan masalah kewangan / kemiskinan
-          Hadis nabi – kemiskinan akan membawa kekufuran
-          tidak sediakan payung sebelum hujan

8. menyediakan keperluan anak-anak
-          ingat sebelu kena, jimat sebelum habis
-          membanting tulang empat kerat

9. keruntuhan institusi keluarga / keluarga yang tidak harmoni
-           sentiasa bertengkar bagaikan anjing dengan kucing

9. mewujudkan keluarga bahagia
          -          harus merealisasikan slogan ‘Rumahku      
                 Syugaku’ / ‘Baiti Jannati’

10. tidak menjalinkan hubungan baik /
       berinteraksi dengan pihak sekolah
-          bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
-         berpeluk tubuh (tidak mengambil tindakan)

10. perlu berinteraksi / menjalinkan hubungan
       baik dengan pihak sekolah
             -          bagai isi dengan kuku

 

Friday, April 4, 2014

TUGASAN KARANGAN RANGSANGAN 5KL & 5WP

TAJUK : PERANAN REMAJA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA
RANGKA KARANGAN

 PENDAHULUAN (ITA)
(a) ISU
          Jenayah remaja kian meningkat
         Mentaliti remja masih belum mengalami anjakan paradigma
         Masih dibuai lena dalam keasyikan budaya hedonisme yang melalaikan
(b) TEMA
         Aset  penting / mutiara berharga  sesebuah negara
         Kata retorik Soekarno ???
         Kata mutiara sarjana – Jika ingin melihat masa hadapan seebuah negara, lihatlah  remajanya pada hari ini
         Perlu memainkan peranan signifikan untuk memacu pembangunan negara ke tahap yang membanggakan
(c) ARAHAN – Peranan remaja untuk membangunkan negara

ISI 1
I - MEMPELAJARI PELBAGAI KEMAHIRAN
·         M – persediaan untuk berhadapan dengan dunia realiti / menyediakan diri untuk membangunkan negara
         BA – menguasai kemahiran pelbagai bahasa, kemahiran teknologi dan maklumat , kerja berpasukan, menyelesaikan masalah dll
         K – dapat meningkatkan keyakinan untuk menjana pembangunan negara
 •         U - Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
         PENEGAS?

ISI 2
I – MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN
         M – mempunyai pengetahuan yang luas / memudahkan urusan pembangunan
         BA – perlu menimba pelbagai bidang ilmu seperti sejarah, geografi, sains, ekonomi dll
         K – dapat mencipta pelbagai inovasi bahaaru untuk kemudahan rakyat dan negara / mempelajari cara-cara membangunkan negara daripada tokoh-tokoh yang berjaya
         U – ilmu pelita hidup / tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung
         PENEGAS?

ISI 3
I – MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
         M – berdamping dengan masyarakat yang berbilang kaum yang merupakan cerucuk pembangunan sesebuah negara
         BA – melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan (bergotong-royong, lawatan ke rumah kebajikan, menyertai program keselamatan dll
         K -  sikap keprihatinan remaja untuk memacu pembangunan negara  dapat dipamerkan / dapat bekerjasa dengan pelbagai pihak / tidak terjebak dalam kancah negatif
         U – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / serampang dua mata
         PENEGAS?

PENUTUP
         K – beberapa peranan yang signifikan – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
         C – perlu terjaga daripada  mimpi yang kosong sebelum  peluang yang terhidang di depan mata hilang / lenyap  -  semua pihak perlu bekerjasama….  
  • H – Marilah kita tanam jiwa remaja dengan pelbagai ilmu dan nilai-nilai murni -  ahli filsuf Tao, “Jika ingin hidup setahunn, tanamlah gandunm,. Jika ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok. Jika ingin hidup selama-lamanya, tanamlah jiwa manusia. – Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan mudah – tidak menjadi angan-angan Mat Jenin