Saturday, September 3, 2016

REVISI PRAPERCUBAAN NOVEL 1



SOALAN 1
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu watak sampingan lelaki dan perwatakannya. (7 markah)

JAWAPAN 1 :
     Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib, terdapat satu watak sampingan lelaki. Watak sampingan tersebut ialah Pak Saidi.

     Pak Saidi mempunyai seorang isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Pak Saidi tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.

     Perwatakan Pak Saidi adalah seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Sebagai contoh, Pak Saidi tidak mahukan anak-anaknya ketinggalan dalam arus pendidikan semasa. Beliau mahu masa depan menjadi lebih baik. Oleh itu, Pak Saidi menghantar anak  mereka ke sekolah aliran Inggeris walaupun beberapa orang penduduk kampung membantah perbuatannya.

JAWAPAN LAIN:
1.       Seorang ketua keluarga yang pandangan jauh. Contohnya, Pak Saidi berpandangan bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat sekolah rendah sahaja. Sekiranya bersekolah aliran Inggeris, anak-anaknya berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan ke sekolah tinggi. Mereka berpeluang menjawat jawatan yang tinggi. Bagi Pak Saidi, anak-anak perlu dilengkapi ilmu pengetahuan kerana mereka bakal mentadbir negara ini pada masa akan datang.

2.       Seorang ayah yang penyayang. Contohnya, Pak Saidi mengajarkan anak-anaknya seni mempertahankan diri untuk anaknya melindungi diri sendiri daripada sebarang ancaman dan bahaya. Pak Saidi juga tidak lupa mendoakan anak-anaknya supaya mereka berbakti kepada agama
dan bangsa.

3.       Seorang yang berani. Sebagai contoh, kematian Leftenan Adnan masih belum memuaskan Jeneral Yamashita. Oleh itu, dia mengarahkan Leftenan Renya Mutugachi untuk menjejaki keluarga Leftenan Adnan. Kehadiran tentera Jepun ke kampungnya telah diketahui oleh Pak Saidi. Pak Saidi sempat membunuh askar Jepun dengan kerisnya sebelum beliau ditembak mati. Keberanian Pak Saidi yang luar biasa dapat kepujian daripada penduduk Sungai Ramal.

NOVEL TIRANI – RAIDAH

-          Isteri kepada Fadhil dan ibu kepada dua orang anaknya, iaitu Ghazi dan Waheeda Nurlyana – seorang yang berbangsa Melayu Sarawak - seorang ibu yang penyayang. Contohnya, Raidah berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Selain itu, Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

No comments:

Post a Comment