Sunday, September 4, 2016

REVISI PRAPERCUBAAN SPM - NOVEL 13



SOALAN
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.  (7 markah)

JAWAPAN

     Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.
 
     Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

     Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.

TEKNIK PLOT NOVEL TIRANI
  1. Teknik pemerian – pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan.
      2. Teknik imbas muka – Waheeda membayangkan suasana mesra yang wujud ketika kakitangan di Chalet 
          Tajau Emas belajar menganyam kelongsong ketupat lepas daripada ibunya ketika dia membaca e-mel 
          yang dihantar oleh Fatimah.

No comments:

Post a Comment