Sunday, September 4, 2016

REVISI PRAPERCUBAAN SPM - NOVEL 14



SOALAN

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persoalan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)

JAWAPAN
 
     Berdasarkan dua buah novel yang telah saya pelajari, iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah, terdapat persoalan kasih sayang. 

     Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, persoalan kasih sayang yang dipamerkan ialah bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya. Misalnya, Pak Saidi sanggup menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana sekolah itu mengajarkan banyak mata pelajaran kepada para pelajarnya. Oleh itu, Pak Samad sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah. Walaupun tindakan Pak Samad ditentang oleh penduduk  kampung, dia tetap menghantar anaknya ke sekolah Inggeris untuk memastikan anaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik. 

     Dalam novel Tirani pula, persoalan kasih sayang yang dipaparkan ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya. Contohnya, apabila Raidah iaitu ibu Waheeda dimaklumkan bahawa Waheeda akan menjalani sesi pembedahan mata dan hidungnya di Silicon Medical Centre (SMC), dia membuat keputusan untuk pergi ke Singapura untuk menemani anaknya pada hari pembedahan itu. Selain itu, Waheeda membesarkan anak kandungnya, Izzati tanpa bantuan seorang suami kerana suaminya, Zahid telah menceraikannya dengan talak satu.








No comments:

Post a Comment