Saturday, September 3, 2016

REVISI PRAPERCUBAAN SPM - NOVEL 4



SOALAN

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang berlaku pada waktu malam yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)

JAWAPAN

Berdasarkan dua buah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latib bin Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah, terdapat satu peristiwa yang berlaku pada waktu malam.

Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah peristiwa Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran. Pak Saidi tidak mengabaikan pelajaran agama anak-anaknya. Hal ini demikian kerana Pak Saidi berharap agar anak-anaknya mendapat ilmu dunia dan ilmu akhirat walaupun anak-anaknya belajar di sekolah aliran Inggeris.

Dalam novel Tirani pula, peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah peristiwa Waheeda  dicederakan oleh seekor monyet Belanda secara tiba-tiba di chaletnya. Keadaan chalet  pada malam itu menjadi kelam kabut apabila seekor  monyet Belanda telah masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

No comments:

Post a Comment